Walimah (Kenduri Kahwin) aspek yang biasanya di terlepas pandang
Undangan ke majlis penikahan yang di susuli dengan kenduri kendara bersusun susun di setiap hujung minggu serta sebarang cuti umum di setiap kali musim cuti persekolahan sekalipun tentunya pada kebiasaannya bukan murid murid sekolah yang bernikah.Agaknya adakah golongan miskin yang tak punyai pakaian cantik akan turut sama di jemput ke majlis majlis perkahwinan di dewan pusat konvensyen, hotel hotel yang berbintang bintang, dewan dewan kelab kelab golf dsbnya?
Nabi Muhammad s.a.w. warned those who hold walimah to not only invite the rich only, but should also be invited--- poor people. The Prophet s.a.w. stressed: شر الطعام طعام الوليمة, يدعى إليها الأغنياء ويترك المساكين, فمن لم يأت الدعوة فقد عصى الله ورسوله "The worst food is the only food in walimah inviting people to eat are the rich, while the poor are not invited. Those who did not attend the walimah, he is disobedient to Allah and His Messenger "Hadeeth: Narrated by al-Bukhari (no. 5177), Muslim (no. 1432), Abu Dawood (no. 3742), Ibn Majah (no. 1913) and al-Bayhaqi (VII/262), from Abu Hurairah
Demikianlah tadi di atas di petik Hadith Sahih Bukhari beserta terjemahan dalam Bahasa Inggeris mengenai kepentingan untuk turut menjemput golongan miskin menghadiri kenduri (Walimah) perkahwinan yang lazimnya di adakan selepas majlis pernikahan.Mungkin hos perkahwinan mewah di masa akan datang perlu menyediakan sepasokan ajk khas untuk mengundang golongan miskin di samping menyediakan pengangkutan pergi balik serta pakaian yang nampak munasabah untuk di pakai.
BERSAMBUNG DI BAWAH
Seterusnya, Allah s.w.t berfirman , ayat 27 Surah Al-Isyra’ iaitu: Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya”
Kemewahan makan minum kenduri kahwin di lokasi mewah sehingga lebih RM150 setiap jemputan tidak termasuk kos dewan, kos perancang perkahwinan yang akhirnya makanan yang melimpah ruah terpaksa di buang kerana tidak habis di makan manakala juga sudah hampir basi untuk di berikan pada sesiapa saja kemudian kerana telah di masak lebih 10 jam yang lalu.
Satu lagi aspek yang tidak kurang pentingnya ialah pengaruh ajaran agama lain di dalam pernikahan penganut Islam. Contoh pertama perbuatan melutut bertanya kepada wanita yang belum menjadi muhrim “will you marry me” lengkap dengan bunga serta berkot bertie pada asasnya adalah amalan agama kristien.Bila Nabi Muhammad s.a.w. sendiri tidak pernah mengajarkan sedemikian begitu juga para Sahabatnya Saidina Abu Bakar, Saidina Umar ,Saidina Uthman dll, mengapa pula ada segolongan daripada penganut Islam di zaman moden ini menceduk agama lain di dalam bab Munakahat ini.Agaknya di mana peranan ibu bapa Muslim dalam memastikan anak anak mereka tidak menceduk amalan agama lain dalam memulakan alam perkahwinan.
Contoh kedua, amalan bersanding adalah kepercayaan agama Hindu bukannya adat mereka tetapi kepercayaan mereka iaitu bila bersanding para dewa akan turun merestui perkahwinan berkenaan.Malah istilah marpelaii dalam agama Hindu di jadikan mempelai dalam bahasa melayu.Di zaman Parameswara di Melaka dulu, dia dan para pengikutnya beragama hindu dan beigtu juga ramai bangsa melayu ketika itu beragama hindu namun setelah datang para pedagang arab yang berdagang di Melaka, maka untuk berkahwin dengan anak anak saudagar arab maka ramai memeluk agama Islam.
Namun hakikatnya ajaran agama Hindu di teruskan sekalipun mereka telah memluk agama Islam seperti bersanding dan melenggang perut. Pernahkah kita menjumpai sebarang nas nas Sahih yang membuktikan Nabi Muhammad s.a.w. serta para Sahabat baginda bersanding? Jawapannya tiada namun kenapakan perbuatan bersanding yang kini di jadikan adat melayu tanpa usul periksa tidak menjadi fokus Majlis Fatwa negara. Carilah apa saja nas jika ada yang Sahih, silalah Majlis Fatwa membuat keputusan menghalalkannya namun janganlah sekali kali berselindung di sebalik alasan kepentingan umum/Maslahah tanpa sebarang nas nas yang Sahih.
Seterusnya, isu Mahar di mana Nabi Muhammad s.a.w dan anak baginda Siti Fatimah menerima baju besi perang Saidina Ali untuk merestui pernikahan Saidina Ali dan Siti Fatimah.Di zaman manusia boleh mula berloyar buruk maka di cipta pula istilah hantaran demi memastikan apa saja yang di hajati tercapai samada intan permata berjenama, jam berjenama , kereta mewah, bungalow dan sebagainya.Hantaran mewah patut langsung di tiadakan kerana apa saja yang suami hendak berikan pada isteri selepas bernikah tidak perlu di canangkan kepada seluruh dunia.Teringat penulis kepada filem Madu Tiga Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee dialog berikut,“setahu saya En Jamil telah pun membeli sebuah rumah dan sebuah kereta beserta seorang driver…’
Saya akhiri artikel ini dengan satu majlis pernikahan dan perkahwinan yang hypotheticalPernikahan di Masjid berdekatan selepas perkenalan yang tidak lama. Solat Sunat dan Sujud Syukur pengantin sebaik saja selepas di nikahkanTidak perlu upacara membatalkan air sembahyang sebab selepas nikah dah automatik jadi Muhrim. Kenduri di adakan di ruang makan Masjid dengan pelbagai juadah termasuk roti canai teh Tarik atau biskut cream craker cicah kopi o atau roti jala atau nasi tomato ayam masak merah/daging kerutut/dalca/acar/sirap atau sekadar karipap kentang dan teh o halia. Sistem pembesar suara Masjid di pasangkan irama nasyid tanpa muzik, Asma ul Husna dsbnya. Pernikahan di Masjid juga tidak memerlukan kad jemputan mahal mahal di buat samada jemputan mulut ataupun sms atau pun e mail. Kad jemputan mungkin perlu untuk segolongan kecil tetamu sahaja iaitu mereka yang cuma akan hadir jika ada kad jemputan. Golongan miskin boleh di jemput datang atau di angkut dgn kereta persendirian/van/bas. Malah masakan boleh di buat secara bergotong royong tanpa mengira samada di kampong ataupun di Bandar. Jika mahukan tema alam semula jadi, lebih mudah majlis di adakan di kampong halaman masing masing kerana persekitaran alam semual jadi yang natural lagi percuma tanpa perlu mencipta pohon hijau, bunyi cengkerik tiruan mahupun bunyi rakaman burung yang sudah tentu di kenakan bayaran oleh perancang perkahwinan di Bandar Bandar. Tak perlu apa apa pakaian bertema baik pengantin,keluarga pengantin mahupun tetamu pakai apa saja pakaian biasa asalkan bersih menutup aurat yang sepatutnya yang sudah tentu tidak akan membebankan poket semua.
Sebagai penutup, wang amat di perlukan untuk menjalani kehidupan selepas berumahtangga bukannya untuk di bazirkan semasa majlis perkahwinan yang boleh bertukar menjadi sarkis dengan sorak sorai hadirin manakala pengantin lelaki dan perempuan boleh menjadi zirafah dan singa dalam sebuah pertunjukkan sarkis yang di jelmakan dalam bentuk acara resepsi sambutan perkahwinan. Juga status Halal dan Haram hidangan di lokasi lima bintang bukanlah terletak kepada pelekat Halal semata mata, ianya patut menjadi tugas hos untuk memeriksa sendiri keadaan dapur di lokasi lima bintang dan sekalipun jika Halal , adakah ianya bersih. Bolehkah masakan yang di masak seawal jam 4 pagi boleh bertahan untuk majlis resepsi jam 8 malam nanti. Mahukah kita tragedy beberapa orang tetamu meninggal dunia selepas makan ayam masak merah di kenduri kahwin utara tanah air beberapa bulan lepas berulang.
Makan nasi lemak di kampong baru
Selamat pengantin baru
Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar Peguambela Peguamcara Kuala Lumpur
Petikan semula utk siaran diizinkan dengan menyebut sumber asal diperolehi dari http://isikcorpadv.wix.com/siadvocatesolicitor disamping memaklumkan penulis menerusi e mail di isikcorpadv@gmail.com